Thou art HYPOCRISY (II)

|
Minggu ini dada-dada akhbar dihiasi dengan bidasan politik tempatan yang tak ubah seperti drama sekolah menengah. Inilah politik tempatan yang dapat disimpulkan. Tak ubah seperti budak2 cuma resipi tambahan adalah kemeluatan antara ego dan kuasa. Memualkan. Tapi itulah realitinya dan drama tanpa editing atau tanpa special effect dihidangkan setiap hari jam 8malam (di kebanyakan siaran) dan jam 9 malam di TV1. Tak pernah buletin utama menjadi begitu menarik dan rumah riuh rendah dengan review oleh kami (rakyat biasa) yang bercakap lantang dari belakang mengutuk dan membangkang apa yang patut. Namun begitu bila dah duduk di asrama, peluang untuk menonton agak restricted sebab banyak benda perlu diselesaikan. Awkward juga menaip dalam bahasa Melayu tapi yang seronoknya bila dapat idea untuk menambah hiperbola atau personafikasi yang aku sendiri kurang mahir andai di terjemah dalam bahasa Inggeris. Mungkin itu dinamakan sarcasm bagi sesetengah orang.



Melayu mudah lupa. Aku mudah lupa. Warga Malaysia mudah lupa. Selepas disogok dengan berita-berita politik, kisah seorang ketua yang syok sendiri, dan hero baru yang penuh cita-cita menyatukan rakyat semula, maka berita mengenai kanak-kanak Gaza dan keperitan mereka mula diletakkan di ruangan tengah akhbar atau di muka surat akhir sebelum berita sukan yang tak berkesudahan dengan kecundang di sana dan sini. (Aku sendiri tidak mahir dengan sukan jadi tak perlu penatkan jari bercerita mengenai itu). Berita mengenai Gaza kini di ruangan kecil akhbar. Restoran-restoran makanan segera yang dahulunya lenggang kini kembali meriah. Aku masih ingat beberapa bulan yang lepas warga Malaysia sibuk memboikot barangan Belanda tapi kesudahannya aku sendiri isi minyak Shell V Power sebab walaupun mahal tapi dapat gerak lebih jauh. Kini kita kecoh memboikot barangan dari Amerika namun hakikatnya kita tak dapat lekang dari barangan mereka yang sememangnya globalised. Walaupun masih ada mata-mata yang menjeling tak kala aku dan kawan bawak plastic McD ,jangan jadi hipokrit kalau kau memang suka dengan aroma McD. Sejak dalam kandungan bonda aku dah diberi makanan dari Pizza Hut dan A&W jadi jangan salahkan aku kalau susah sangat nak tinggalkan tabiat membeli makanan dari Amerika. Malah filem2 di pawagam yang terbaru masih lagi dari Amerika. Semuanya terletak pada niat kita untuk membantu pihak di Gaza. Pernahkah terfikir mungkin ada sebab saudara kita di timpa bencana begitu dasyat? Tuhan memang menduga mereka tapi pasti ada hikmahnya. Aku sendiri takut untuk nyatakan.Yang pasti aku menginjit harapan agar Tuhan selamatkan umat Islam seluruh dunia.


Bercakap atas dasar kemanusiaan, memang Malaysia terkenal dengan peribahasa kera di hutan disusukan, anak di rumah mati kelaparan. Masih ada rakyat miskin tegar di negara ini yang memerlukan bantuan dan anak-anak yatim tidak mendapat bantuan yang setimpal. Atas alasan bantuan rm100 sebulan cukup tanpa mengira samada makan pakai mereka cukup. Orang Asli di Malaysia juga perlu di beri perhatian .Indigenous people like them actually help us in urbanisation,medical ,science and tenchnology but how many of us think of their presence?


Atas dasar kemanusiaan juga aku tampil menulis sebab ada sesetengah authority yang pandang hina kekejaman atas manusia tapi membutakan mata atas kekejaman terhadap binatang. Baca saja petikan blog ini http://www.naturallynesh.com/?p=330 dan lihat petikan video yang menyayat hati ,meruntun jiwa, gelodak marah anak muda terhadap kebebalan pihak DBKL dalam mengendalikan kucing dan anjing jalanan. Cats and dogs r humans companion. The sight of them gives us certain tranquility to us.After hard day at work or school, going back to home and they waiting for us at the door step or watching them sleep gives us some sort of good feeling. Kanak-kanak mungkin bawa keadaan yang sama tapi degree tak sama dengan cats and dogs because besides kucing adalah binatang kesayangan nabi, animals have certain instinct that is strong n the bond between their master is something that God give and only they will understand. Moreover,kucing diibaratkan pembawa rezeki dalam masyrakat Jepun. Lihat sahaja kedai yang ada patung kucing melambaikan tangan. Ada kisah sebalik patung tu. Dipendekkan cerita, disebabkan kucing, seorang rahib telah menderma kepada sebuah kuil sebab kucing dalam kuil tu selamatkan dia dari hujan dengan membawa rahib tu berlindung dalam kuil.


To sum it all, buat jahat biar berpada, buat baik jangan sekali. Bahasa Melayu memang innuendo. Jangan jadi hipokrit semata2 untuk kita diterima masyrakat. Kaji keadaan sekeliling. Everywhere you go, there is something to be seen.

1 comments:

k h a y said...

baru mkn pizza hut ari ahad. huhu.

anyway, i pon x tau la pe nk jd ngn politik di msia skang neh. mcm2 belaku dh.ya btol, kite disogok bemcm2 cite dr paper n tv. tp hakikatnye, "hanye org bijak politik je tau dgn permainan politik di Msia".