Monolog petang

|
Sudah 2 dekad aku hidup di muka bumi Tuhan dan dalam masa tu banyak kenangan pahit manis ada. Dan dalam masa dua dekad ni ada satu point dalam hidup aku rasa aku terlalu mencatur masa depan. Semuanya dalam perancangan .Tak pernah nak cuba benda baru. Antara masalah yang aku kenal pasti adalah bila peluang datang aku akan bermonolog dalaman dan memandang rendah kemampuan sendiri. Itulah masalah aku dari dulu sampai sekarang. Tak pernah nak yakin pada diri sendiri. Selalu rasa gemuk tak bertempat, serabai bila jalan dekat Bukit Bintang (maklumla tempat orang2 hip) dan tak cukup pandai untuk mengemukakan cadangan. Bila fikir balik kenapa zaman sekolah dulu tak cuba untuk buat benda-benda nakal untuk suka-suka? Zaman sekolah dihabiskan dengan tuition dan aktiviti ko-kurikulum.Kalau ponteng pun lepakrumah buat past year questions. Aku rasa banyak sangat benda aku tak buat lagi seperti bermain bunjee jumping,panjat gunung. Akhirnya serebrum sampai ke konklusi yang untuk berjaya di masa hadapan kita tak punya masa untuk berhenti dari mencuba dan itu lah yang aku alami. Dan aku tak menyesal. Orang kata nanti dah form 5 baru la pulun habis-habis tapi sebenarnya bila sampai masa SPM tak sempat untuk buat persiapan rapi. Atau bila da tua baru la taubat,itu pun kalau sempat. Atau pakai dulu sexy2 sementara badan masih bergetah dan bila tua tengok anak-anak pakai tak cukup kain bising pulak.
Jadi sekarang aku pun tak sure samada masih terus mencongak dan berkira-kira tentang masa hadapan atau live for the moment. Maklumlah aku ni bukan anak orang kaya yang yakin takkan tersungkur jatuh mencium debu tanah. Life must go on and there are still more to be discovered and many genome need to be sequence. Siapa kata orang yang tertungging di kelab malam saja ada life, orang yang dalam laboratory ni lagi seronok melihat kejadian alam. Dari benda sebesar micro sehingga menjadi mass semua tu lebih mendekatkan diri kepada siapa pencipta kita. Biology ni pun bukan la selfish field like other science (pendapat sendiri).
Tatkala aku merungut tentang apa aku dah buat 2 dekad yang lalu (beribadat mmg sangat kurang,akan diusahakan lagi) aku bersyukur sebab ada jugak sumbangan pada masyarakat OKU dan indegenous people. Kalau ada peluang dan berkesempatan I wanna spend time with the animals at animal shelter.
Actually post ni ala-ala respond to one of the blog that I read which I find very interesting in choosing of words. Sebab orang suka tengok contradictory dalam perkataan ,buat kita senyum kambing. Tapi aku akui susunan bahasa aku agak lemah kalau nak compare dengan kawan2 yang lain (self judging again).
Harap2 apa yang aku plan ni di jalan yang betul although there is something that we have no control over,thats what destiny is :)
I just wanna be buried and remembered as a happy person rather than seorang budak melayu yang sombong (benda biasa aku dengar orang sampaikan)Heh.

0 comments: